Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Webinar-Seminar Asas Maqasid Syariah Kali Ke-6 Peringkat Kebangsaan 2021 (Web-SAMS 2021)

Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Islam dan Syariah (PERISYA) sesi 2020/2021 telah mengadakan Program Webinar-Seminar Asas Maqasid Syariah Kali Ke-6 Peringkat Kebangsaan 2021 (Web-Sams 2021) yang telah dilaksanakan pada 8-9 Januari 2021 (Jumaat-Sabtu)  secara dalam talian di platform cisco webex dan live Facebook.

Program ini adalah berkenaan Pandemik: Fiqh, Fatwa dan Maqasid Syariah yang melibatkan dua orang ucaptama, empat orang penceramah, enam orang moderator dan dua orang panel jemputan iaitu Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Zulkiply bin Haji Muda, selaku Mufti Terengganu dan Dr. Suhazeli bin Abdullah selaku Ketua Unit dan Pakar Perunding Perubatan. Penampilan panel hebat adalah untuk berkongsi ilmu khususnya dalam bidang syariah, perubatan Islam, muamalat, halal, ekonomi, dan isu semasa kepada mahasiswa Pengajian Islam khususnya dan mahasiswa UniSZA umumnya.

Seminar ini juga akan membuka ruang kepada mahasiswa untuk meningkatkan ilmu praktikal dalam bidang Syariah dan Perubatan Islam seterusnya memupuk motivasi mahasiswa ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

 

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

337957