Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Bicara Kenegaraan: Impian Generasi Anak Muda, Realiti Dan Cabaran

Program Bicara Kenegaraan: Impian Generasi Anak Muda, Realiti dan Cabaran telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) pada 13 Januari, jam 9.00 hingga 11.00 malam menerusi FB Live PMKI UniSZA.

Program ini telah berjaya meraih tontonan sebanyak 35,000. Program  dimulakan dengan ucaptama dari YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, disusuli dengan slot Ucaptama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ucaptama Dato’ Seri telah diulas oleh Pengulas Pertama iaitu Dr. Mohamad Zaidi bin Abdul Rahman dari Universiti Malaya, seterusnya diulas oleh Pengulas Kedua iaitu Dato’ Haji Mahamad Naser bin Disa dari UniSZA.

Program ini diadakan bertujuan memastikan mahasiswa dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti dan program bermanfaat serta memberi peluang mahasiswa untuk bersama menyertai majlis ilmu yang dihadiri oleh panel hebat di Malaysia.

 

 

.

 

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

337943