Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Ucapan Aluan Dekan

LATEST EKAN

bismillah

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW.

Dalam kesempatan ini, saya dengan penuh ta’zim merakamkan ‘ahlan wa sahlan wa marhaban bikum’ ke laman sesawang Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi wahana yang terbaik dalam menyebarkan maklumat tentang FKI kepada khalayak dan massa ke arah menjadikan FKI sebagai pilihan utama dalam melaksanakan tanggungjawab jihad fi al-Ta’lim wa al-ta’allum.

FKI yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Islam telah mendepani sejarah yang panjang dan berliku sepanjang 25 tahun keberadaannya. Ini menjadikannya sebagai sebuah fakulti yang mantap dalam menempuh cabaran dan keperluan pendidikan tinggi dewasa ini selaras dengan apa yang terkandung dalam Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara.

FKI sentiasa mempertingkatkan iltizam dalam menyempurnakan amanah dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kejayaan mendidik generasi mahasiswa juga bergantung kepada keupayaan FKI menyediakan tenaga pengajar yang kompeten melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan penulisan karya-karya akademik. Dalam memperkasakan lagi aktiviti-aktiviti tersebut, pihak FKI sentiasa menggalakkan dan menyokong sebarang usaha pemantapan diri oleh kakitangan akademiknya di samping mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti dalam dan luar negara. Pihak FKI juga giat berusaha untuk memacu aktiviti-aktiviti akademik yang merentasi disiplin ilmu pengajian lslam bagi membolehkan buah fikiran dan solusi-solusi Islam disebarluaskan melewati bidang pengajian lslam selaras dengan moto Ilmu Demi Faedah Insan.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang menghayati denyut nadi masyarakat, pihak FKI juga sentiasa berinteraksi dengan masyarakat luar kampus. Pihak FKI telah dan akan terus mengadakan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja melibatkan kakitangannya dan juga generasi pelajarnya serta masyarakat sekelilingnya.

Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu padu dan bekerjasama dalam menjayakan amanah jihad fi al-Ta’lim wa al-ta’allum ini. Pandangan dan saranan yang berguna dari khalayak amatlah kami harapkan demi kemajuan FKI tercinta ini.

Sekian, terima kasih.

PROF. DR. ENGKU AHMAD ZAKI BIN ENGKU ALWI
DEKAN
FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

337478