Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Program Kesihatan Mental Keluarga: Adakah Anda Peduli?

Program Kesihatan Mental merupakan program anjuran Unit Kaunseling, Pejabat Timbalan Naib Censelor HEPA dan Pejabat Pengarah Kampus Besut dengan kerjasama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Persatuan Mahasiswa Usuluddin UniSZA (PMUS). Program ini telah diadakan pada 28 Feb 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Event dengan disertai oleh 250-300 orang peserta daripada warga UniSZA, UMT, universiti tempatan lain dan orang awam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa khususnya dan juga masyarakat luar umumnya tentang kepentingan mengambil berat terhadap kesihatan mental.
 
Program ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama disampaikan oleh Dr. Rosliza binti Yahya iaitu Pensyarah Perubatan, UniSZA dengan tajuk “Masalah Kesihatan Mental, Pembunuh dalam Diam”. Antara intipati yang telah disampaikan adalah pengenalan kepada jenis masalah kesihatan mental yang sering dihadapi oleh seseorang. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh Dr. Siti Hajar binti Abdul Rauf juga pensyarah UniSZA dengan tajuk “Komunikasi Berkesan Asas Keluarga Harmoni dan Sejahtera”. Beliau telah menerangkan tentang teknik komunikasi yang sebenar dalam keluarga mengikut kaedah dan fasa tertentu.
 
Hasil daripada program ini sedikit sebanyak telah membuka minda masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental terutamanya dalam institusi keluarga sekali gus membantu setiap keluarga untuk berfungsi secara optimum bagi menghadapi cabaran harian serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan memahami antara satu sama lain. Program ini memberi pendedahan secara terperinci tentang realiti masalah kesihatan mental seterusnya dapat menghentikan stigma tipikal masyarakat, lalu mengubah persepsi berkaitan dengan masalah ini. Sijil penyertaan turut disediakan kepada semua peserta. Pelbagai respon dan reaksi positif telah diterima.

 

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

338007