Cetak

Buku Pensyarah FKI-Penerbit UniSZA

Title:     

Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ISBN-10(13):     

987-983-9842-33

Publisher:     

UDM

Publication date:     

2009

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Ajaran Sesat

Description:     

Ajaran sesat dalam Islam boleh ditafsirkan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah wa al-Jama'ah. Buku ini mengupas persoalan ajaran sesat di Terengganu dengan memberikan takrif, pengasasnya, pembanterasan serta beberapa aspek lain. Pengarang ini menilai ajaran sesat daripada sudut akidah. Ajaran sesat ini muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Di antara kumpulan pertama yang diketahui ialah al-Aswad al-'Unsi dan Musaylamah al-Kadhdhab dan sehingga sekarang pun ajaran sesat ini berkembang dalam pelbagai bentuk dan ciri. Di Terengganu, antara kumpulan baru yang terkenal ialah kumpulan Ayah Pin yang antara lain ketuanya dikatakan pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Buku ini juga membentangkan usaha pembanterasan kumpulan Ayah Pin dan kumpulan ajaran sesat lain, khasnya melalui institusi yang diamanahkan dalam mentadbir dan membangunkan Islam Negeri Terengganu.

   

Top of Form

   
 

Title:     

Akidah & Isu Sosial Masyarakat Islam

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ISBN-10(13):     

983-9842-16-1

Publisher:     

UDM

Publication date:     

2006

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

Aqidah dan Isu Sosial 

Description:     

Persoalan akidah merupakan persoalan yang amat penting dalam kehidupan Muslim. Akidah yang benar lagi mantap dapat menyelamatkan seseorang Muslim daripada kancah kesesatan. Oleh itu, setiap Muslim wajib mempelajari, memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkan persoalan akidah Islam agar mereka beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Diharapkan buku ini menjadi sumbangan yang tidak seberapa ke arah pengukuhan akidah, pemahaman ilmu yang benar dan pengamalan yang konsisten di samping perhiasan akhlak terpuji di kalangan umat Islam agar mereka lahir sebagai umat yang terbaik sebagaimana yang pernah dirintis oleh generasi Rasulullah dan para sahabat.

Title:     

Al-Itqan fi Ta'alum Lughah al-Quran

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Kamarul Shukri Mat Teh, Mohd Shahrizal Nasir, Mohammad Azizie Aziz, Mohd Firdaus Yahaya, Nurazan Mohmad Rouyan, Khoirun Nisak Mat Saad, Norasyikin Osman

ISBN-10(13):     

978-983-9842-57-9

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2013

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 al-Itqan

Description:     

Al-Itqan fi Ta'alum Lughah al-Quran

   

Top of Form

   

Title:     

Al-Qadaya al-Fiqhiyyah al-Mu'asarah

Categories:     

Buku Ilmiah

ISBN-10(13):     

978-983-9842-45-6

Publisher:     

UniSZA

Publication date:     

2011

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 al-Qadaya al-fiqhiyyah

Title:     

Dinamika Pendidikan Bahasa Arab

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Kamarul Shukri Mat Teh, Zulazhan Ab. Halim, Mohd Shahrizal Nasir, Nurazan Mohmad Rouyan

ISBN-10(13):     

978-983-9842-56-2

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2012

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Dinamika Pendidikan BA

Description:     

Buku Dinamika Pendidikan Bahasa Arab: Menelusuri Inovasi Profesionalisme Keguruan disusun khas bagi memenuhi keperluan para pendidik subjek bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau bahasa asing. Buku yang memuatkan lapan bab ini membicarakan tajuk-tajuk yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bidang pendidikan bahasa Arab, merangkumi peringkat rendah dan tinggi. Penekanan khusus diberikan kepada tajuk-tajuk yang dapat membantu para pendidik dalam merangka persediaan yang cukup; sebelum, semasa, dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Title:     

Fenomena dan Tingkahlaku Pondan di Daerah Kuala Terengganu

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Berhanundin Abdullah, Kamaruzaman Yusuf, Iran Herman, Asmah Bee Md Noor

ISBN-10(13):     

983-9842-09-9

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2005

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Fenomena dan tingkahlaku pondan

Description:     

Fenomena dan Tingkahlaku Pondan di Daerah Kuala Terengganu

Title:     

Gharar Dalam Kontrak Derivatif Komoditi

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Nadhirah Nordin

ISBN-10(13):     

978-967-12613-2-3

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Gharar dalam kontrak

Description:     

Gharar boleh didefinisikan sebagai suatu unsur ketidakpastian yang terdapat dalam kontrak. Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai hukum kontrak yang mengandungi unsur gharar. Perbezaan pendapat berlaku akibat daripada perbezaan tafsiran kepada maksud dan keadaan gharar serta perbezaan pendapat dalam kalangan ulama untuk memberi hukum bagi kontrak gharar yang berada di pertengahan (mutawassit) antara unsur gharar yang melampau (gharar fahish) dengan unsur gharar yang sedikit (gharar yasir). Justeru itu, timbul persoalan keharusan kontrak semasa yang tiada dalam perundangan Islam seperti kontrak derivatif apabila kontrak ini dikaitkan dengan isu gharar. Sampel buku ini ialah kontrak derivatif komoditi aset pendasar minyak sawit mentah. Hasil perbincangan menunjukkan wujud unsur gharar dalam kontrak derivatif. Namun, berdasarkan analisis terhadap parameter gharar, unsur-unsur gharar tersebut tidak meninggalkan kesan atau tidak membatalkan semua kontrak derivatif. Walau bagaimanapun, terdapat unsur-unsur lain seperti spekulasi, perjudian dan riba yang boleh menyebabkan kontrak tersebut tidak menepati prinsip syariah.

Title:     

Ilmu Falak: Teori, Praktik dan Hitungan

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Baharuddin Zainal

ISBN-10(13):     

983-9842-05-6

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2003

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Ilmu Falak

Description:     

Ketika bidang ilmu lain mengalami anjakan paradigma dan perspektif, ilmu falak terus dipersempitkan dengan pengkhususan skop yang mengelirukan dan kelemahan metodologi mempopularkannya. Aspek asas aplikasi falak yang sepatutnya mengandungi teori, praktik dan kaedah hitungan tidak dapat disampaikan secara bersepadu.

Title:     

Isu Kontemporari Pendidikan al-Quran

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Ab. Aziz Sulaiman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Engku Muhammd Tajuddin Engku Ali, Jamaluddin Hashim & Zulkifli Mohd

ISBN-10(13):     

978-983-9842-82-1

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Isu Kontemporari al-Quran

Description:     

Pendidikan merupakan teras utama dalam agama Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya Muhammad s.a.w. Ayat tersebut memerintahkan manusia supaya membaca lantaran membaca merupakan satu kaedah dalam menuntut ilmu. Seterusnya ayat itu juga membawa mesej bahawa pendidikan perlu menfokuskan usaha untuk menghasilkan insan yang memahami fungsinya sebagai hamba Allah dan juga khalifah Allah di muka bumi. Islam menyedari bahawa pendidikan berkualiti sahajalah yang mampu melahirkan individu-individu yang beradab dan bermoral, yang memberi manafaat bukan hanya kepada diri sendiri malah keluarga, masyarakat, negara serta ummah seluruhnya. Justeru, tidak hairanlah kalau Islam meletakkan ilmu itu lebih mulia daripada harta manakala orang yang berilmu pula diangkat ke darjat yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

Title:     

Isu-Isu Kontemporari dalam al-Quran: Qiraat

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Sharifah Norshah Bani Syed Bidin, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Mohd Shshril Othman & Abdul Aziz Sulaiman

ISBN-10(13):     

978-967-12613-3-0

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 IImu Qiraat

Description:     

Ilmu qiraat merupakan salah satu ilmu al-Quran yang semakin mendapat perhatian  dewasa ini. Kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia tidak mempunyai pengetahuan yang tepat berkenaan disiplin ilmu qiraat sehinggakan ilmu ini hanya dikaitkan dengan seni keindahan suara dan alunan bacaan al-Quran (tarannum) semata-mata. Perbahasan menyeluruh tentang ilmu qiraat amat perlu diketengahkan agar perkembangan ilmu qiraat dan pengetahuan masyarakat Islam yang tepat berkenaan ilmu tersebut boleh berlaku secara seimbang. Oleh itu, kemunculan buku ini dengan perbahasan isu-isu utama dalam pengajian ilmu qiraat menepati kehendak semasa dan dipercayai mampu membantu mewujudkan masyarakat yang celik ilmu qiraat. 

Title:     

Muzakkirat Tarikh al-Khilafah al-Umawiyyah

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Daud Ismail

ISBN-10(13):     

978-967-5782-47-3

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2013

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Muzakkirah tarikh Umawiyyah

Description:     

Muzakkirat Tarikh al-Khilafah al-Umawiyyah

Title:     

Pembangunan Modul Pengurusan Stres

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Mohd Shahril Othman

ISBN-10(13):     

978-983-9842-84-5

Publisher:     

1-1-2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Pembangunan modul peng stress

Description:     

Buku ini mengenengahkan satu panduan pengurusan stres berdasarkan sumber atau sebab berlakunya stres melalui gabungan teknik pendekatan psikologi dan Islam dalam bentuk modul (MPS) yang praktikal untuk dilaksanakan oleh setiap individu yang menghadapi masalah stres. MPS ini dibina secara berstruktur dan dijangka dapat memberikan panduan kepada individu untuk menangani stres yang dihadapi. Ini  kerana ia berbentuk profesional, bersistematik dan bukan hanya sekadar panduan serta nasihat daripada penceramah atau pihak berwajib semata-mata. MPS yang dibina ini sangat penting untuk diteliti. Hal ini kerana ia beroreintasikan penyelesaian masalah stres berdasarkan konsep kesedaran hati yang membantu individu merasionalkan kembali permasalahan stres dan seterusnya mampu menikmati semula kehidupan secara harmoni sehingga melahirkan individu berkualiti. Apabila kesedaran hati diperolehi, maka pada masa itu stres bukan lagi dianggap sebagai satu masalah tetapi sebagai satu langkah kepada jalan penyelesaian. Pada masa ini, stres mampu membawa diri seseorang ke arah yang positif, memberi rangsangan motivasi, mencetuskan idea dan mengilhamkan wawasan ke arah kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.

Title:     

Psikospiritual Islam

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Mohd Shahril Othman, Safri Ali, Berhanundin Abdullah & Tasnim Abdul Rahman

ISBN-10(13):     

978-983-9842-83-8

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Psikospiritural Islam

Description:     

Psikospiritual Islam merupakan satu konsep pengabdian dan penyerahan kepada Tuhan yang Maha Agung. Ia menjadi wasilah bagi seseorang hamba merawat jiwa atau rohaninya dengan berpandukan kepada manual yang ditetapkan Allah s.w.t. Melalui wasilah yang ditetapkan ini, diri, jiwa dan roh seseorang manusia akan stabil dan sukar untuk diselewengkan ke arah jalan kegelapan. Oleh kerana itu, konsep Psikospiritual Islam sangat menepati fitrah asal kejadian manusia sehingga perbincangan mengenainya semakin mendapat tempat dalam kalangan para penyelidik akademik di institusi pengajian tinggi tempatan dewasa ini.

Penghayatan terhadap konsep Psikospiritual Islam secara hakiki menjadi pemangkin yang membantu seseorang Muslim merasai kehadiran pengawasan dan pemerhatian Allah s.w.t. dalam segenap amalan atau perbuatan yang dilakukan tanpa mengira masa atau tempat. Hal ini dapat membantu hati untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t. Tanpa disedari, seorang Muslim dapat merealisasikan konsep tadabbur dan penghayatan makna kandungan al-Quran dalam agenda hariannya. Malahan, ia turut menyuntik sifat ikhlas secara maksimum bagi individu Muslim dalam memperjuangkan kedaulatan Islam yang dipandu dengan sifat wasatiyyah Islam. Pada masa yang sama, ia dapat menghindarkan aspek negatif dalam perjuangan agama seperti menggalakkan ke arah perpecahan ataupun pembunuhan dalam kalangan ummah.

Title:     

Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas Ulama Terengganu Abad Ke-19

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Hasanulddin Mohd

ISBN-10(13):     

978-983-9842-78-4

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2014

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Syeikh Abdul Kadir

Description:     

Syeikh Abdul Qadir Abdul Rahim Bukit Bayas merupakan seorang ulama yang paling berpengaruh di Terengganu pada kurun ke-19. Hal ini  terbukti apabila ramainya tokoh ulama yang dilahirkan di Terengganu adalah hasil didikan beliau belaka. Antaranya termasuklah Baginda Sultan Omar, Tok Ku Tuan Besar, Tok Syeikh Duyong dan lain-lain. Sumber sejarah ada mencatatkan bahawa beliau juga pernah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Terengganu yang pertama meskipun beliau bukan berasal dari negeri tersebut. Ironisnya. biodata dan sejarah hidup beliau jarang dibicara atau diwacanakan. Apatah lagi apabila menyentuh tentang sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh tokoh ini serta kesannya kepada masyarakat setempat. Hal ini jelas suatu kerugian buat masyarakat dan golongan ilmuwan itu sendiri. Begitu juga karya-karya yang dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir Abdul Rahim Bukit Bayas masih belum berjaya dijejaki dan dikaji sepenuhnya, terutamanya dari sudut bidang yang ditulis, bilangannya dan kesahihan nisbah kitab tersebut kepada beliau. Justeru, penulis merasa begitu terpanggil untuk menyumbang sedikit saham dalam menulis biografi lengkap Syeikh Abdul Qadir. Ia merangkumi latar belakang negeri Patani dan Terengganu pada zaman Syeikh Abdul Qadir, riwayat hidup beliau, sifat-sifat peribadi, pendidikan, dan penghijrahan beliau. Seterusnya turut disentuh ialah sumbangan beliau kepada negeri Terengganu dan masyarakat secara umumnya. Selain itu, karya tulis peninggalan Syeikh turut disentuh dalam satu topik yang khusus. Akhirnya, buku kecil ini ditutup dengan rumusan dan cadangan yang difikirkan sesuai  bagi mengangkat ketokohan beliau khususnya, dan para ilmuwan Melayu Islam secara umumnya. Buku ini sesuai ditelaah oleh golongan ilmuwan, pengkaji sejarah, pendidik, penuntut dan mereka yang cintakan para ulama dan ilmu itu sendiri.

Title:     

Wacana Percanggahan Hadith

Categories:     

Buku Ilmiah

Authors:     

Rohaizan Baru

ISBN-10(13):     

978-983-9842-49-4

Publisher:     

Penerbit UniSZA

Publication date:     

2012

Number of pages:     

0

Language:     

Not specified

Rating:     

 

Picture:     

 Wacana percanggahan hadis

Description:     

Meskipun ilmu Mustalah al-Hadith telah banyak dipelajari di Malaysia, malah telah menjadi sebahagian dari pengajian hadith di sekolah-sekolah menengah atas dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, namun tidak banyak kajian mengenai Mukhtalif al-Hadith ini pernah dibincang atau didiskusikan secara serius. Justeru di sinilah terletaknya keistimewaan buku ini, apabila ia dipercayai menjadi buku pertama dalam bidang ini yang pernah ditulis dan diterbitkan di Malaysia. Selain membincangkan konsep dan pengertian.

Mukhtalif al-Hadith dari pelbagai takrif dan sudut pandang ulama’ dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya percanggahan ini, tumpuan buku ini terutama adalah pada menghuraikan beberapa kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam memahami hadith-hadith yang kelihatan bercanggah, di samping mengemukakan beberapa contoh hadith-hadith yang berkaitan, sebelum mengakhirinya dengan jawapan atau penyelesaian bagi mengatasi kekeliruan atau salah faham yang timbul. Mukhtalif al-Hadith atau kajian mengenai percanggahan hadith, menurut al-Imam al-Nawawiy, adalah merupakan salah satu cabang penting dalam ilmu Mustalah al-Hadith. Melalui ilmu ini, para ulama hadith berupaya menyelesaikan permasalahan atau salah tafsiran yang timbul seputar hadith-hadith yang tampak bercanggah, sama ada bercanggah antara hadith dengan hadith, atau hadith dengan ayat al-Quran, atau boleh jadi juga antara hadith dengan akal sihat atau penemuan-penemuan sains moden. Antara ulama yang diketahui pasti terlibat dalam kajian ini adalah ibnu Qutaibah (270H.), Abu Ja’far al-Tahawiy (321H.), Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburiy (450H.). Ibnu Faurak al-Asbahaniy (406H.) dan Ibnu al-Salah (643H.). Turut tidak terkecuali ialah al-Imam al-Shafi’iy (204H.).

Bottom of Form

Bottom of Form