UniSZA      Saluran FKI     Ikuti Kami
Logo WebFKI3

BENGKEL PENYELARASAN AMANAH TUGASAN STAF SOKONGAN FKI

 BENGKEL PENYELARASAN AMANAH TUGASAN STAF SOKONGAN FKI
 
Staff Sokongan
 
 

Pada 23 Julai 2016 yang lalu,  Bengkel Penyelarasan Amanah Tugasan Staf Sokongan FKI telah dilaksanakan di Regency International Waterfront, Kuala Ibai dan dihadiri oleh 19 orang staf yang terdiri daripada staf sokongan, Penolong Pendaftar Kanan, Penolong Pendaftar dan juga mantan Penolong Pendaftar Kanan FKI. Bengkel juga turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh, Dekan FKI.

Bengkel yang dilaksanakan selama sehari itu adalah bertujuan untuk mendapatkan input refleksi, menyelaras amanah tugasan dalaman dan antara kelompok di FKI, memurnikan dokumen Standard of Procedure (SOP) pentadbiran, memantapkan sistem fail, mengemas kini carta organisasi pentadbiran dan juga memupuk semangat kekeluargaan di kalangan staf.

Bengkel berlangsung telah menggalakkan perbincangan di dalam dan antara kelompok staf sokongan. Di akhir bengkel, rangka penyelarasan amanah tugasan telah dapat disiapkan sebagaimana sasaran. Usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk memantapkan lagi urusan pentadbiran di FKI.

Sebagai mengambil kesempatan untuk memberikan penghargaan kepada Encik Zunaidin Muda, mantan Penolong Pendaftar Kanan FKI, penyampaian cenderahati kenang-kenangan turut disampaikan di akhir bengkel.