Cetak

Kursus Tahsin Al Quran dan Perguruan Guru-Guru Tasmi' Imtiaz Terengganu Siri Pertama

Kursus Tahsin Al Quran dan Perguruan Guru-Guru Tasmi' Imtiaz Terengganu Siri Pertama

 

11 dan 12 November 2016, UniSZA Gong Badak; Telah berlangsung dengan jayanya kursus Tahsin Al Quran dan Perguruan kepada Guru-Guru Tasmi’ Imtiaz Terengganu. Program ini adalah kerjasama antara Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA dan Yayasan Terengganu. Kursus kali pertama ini telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari di Auditorium Bangunan Akademik UniSZA Kampus Gong Badak. Ia melibatkan penyertaan seramai 180 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru tasmi' seluruh negeri Terengganu.

Program ini bertujuan untuk menambah baik kualiti guru-guru tasmi' Imtiaz Terengganu dari sudut tahsin al quran, perguruan dan pembentukan sahsiah. Kursus ini juga dirancang sebanyak 8 siri dan akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun.Kursus Tahsin dan Perguruan siri pertama yang berlangsung selama dua hari ini juga telah dijayakan oleh pensyarah-pensyarah dari Pusat Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Tamadun Islam dan Pusat Pengajian Usuluddin. Ia turut dibantu oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan al-Sunnah (Qiraat).

Antara pensyarah yang telah menyampaikan ceramah pada hari tersebut ialah Dr. Nor Hafizi bin Yusof dan Ustaz Mohd A'tarahim untuk modul tahsin al Quran. Untuk modul perguruan pula, ceramah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Sani bin Hj. Ismail, Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah dan Ustaz Abdul Aziz bin Sulaiman. Program untuk siri pertama ini berakhir pada jam 4.30 petang, 12.11.2016. Semoga dapat berjumpa lagi untuk siri yg kedua pula InsyaAllah.