Cetak

Lawatan Delegasi Atase Agama Arab Saudi di Malaysia ke Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA

LAWATAN DELEGASI ATASE AGAMA ARAB SAUDI DI MALAYSIA KE FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM, UniSZA

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima satu lawatan delegasi Atase Agama Arab Saudi di Malaysia pada 27 Julai 2016 (Rabu), di Bangunan Canselori, UniSZA. Lawatan ini diketuai oleh Syeikh Abd Rahman bin Mohd bin Ali al Harafi, Atase Agama Arab Saudi di Malaysia. Delegasi ini telah disambut oleh Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, Dekan FKI, Timbalan-timbalan dekan, Ketua-ketua Pusat Pengajian, dan Pengerusi Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (ISLAC 2017).

            Tujuan lawatan tersebut adalah bagi membincangkan pelaksanaan Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (ISLAC 2017) yang akan diadakan pada 4 hingga 5 Mac 2017 (Sabtu dan Ahad), bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Akademik, UniSZA. Pertemuan ini juga diadakan adalah untuk mencari titik pertemuan kerjasama di antara UniSZA amnya, FKI khususnya dalam bidang pengajian Islam dan bahasa arab.Hasil pertemuan ini, dijangkakan pihak Atase Agama Arab Saudi akan membiayai sebahagian besar daripada pelaksanaan seminar tersebut dan bersetuju menjemput salah seorang daripada Imam Masjidil Haram, Mekah sebagai penceramah utama seminar tersebut.

            Setelah perbincangan berkaitan Seminar Antarabangsa Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (ISLAC 2017) selesai,, delegasi dibawa melawat melawat Perpustakaan UniSZA. Pihak Atase Agama Arab Saudi di Malaysia juga menghadiahkan beberapa naskhah buku untuk menjadikan bahan bacaan warga UniSZA. Malah mereka berjanji untuk terus menyumbangkan buku kepada Perpustakaan UniSZA. Tempat lawatan seterusnya, pihak fakulti juga telah memilih Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI) salah satu lokasi pilihan dalam agenda lawatan tersebut sebagai destinasi pelancongan tempat pertama untuk dikomersilkan dan hasil lawatan tersebut dijangkakan tempat tersebut akan datang menjadi tempat pelancongan Islamik untuk dikenali di serata dunia.

            Akhirnya, pihak fakulti telah bersetuju pertemuan kali kedua akan diaturkan sekali lagi bersama Dato’ Naib Canselor dengan Atase Agama Arab Saudi dengan hasrat bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan ISLAC 2017 tersebut.