Cetak

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

MOU collage 1

MOU collage 2

 

Pada 14 Jun 2016 yang lalu, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berlansung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Dalam majis tersebut UniSZA diwakili oleh Naib Canselornya Yg. Brs. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif manakala JAWI pula diwaklili oleh pengarahnya, Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MOU tersebut ialah Tan Sri Alimuddin bin Mohd. Dom, Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah bt. Mohamad, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Ahmad Sukri bin Yazid, Pengarah Pusat Pendidikan Lanjutan (CEE) dan Prof.Dr. Kamarul Sukri bin Mat Teh, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI).

Pemeteraian MOU ini membuktikan komitmen pihak UniSZA dalam membantu JAWI untuk melatih guru-guru Pendidikan Islam di bawah kelolaannya agar dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui Program Pemantapan Professionalisme Guru Guru. Di samping itu, program ini aka memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan lagi tahap kelulusan akademik yang lebih tinggi. Program tersebut akan dijalankan melalui Pusat Pendidikan Lanjutan (CEE) dengan kerjasama Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI).

Pengarah JAWI Tuan Haji Paimuzi bin Yahya berharap dengan adanya kerjasama ini guru-guru JAWI yang kini mengajar di sekolah rendah agama di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak melepaskan peluang yang disediakan demi kemajuan kerjaya mereka pada masa hadapan. Menurut beliau lagi, sebagai permulaan JAWI berhasrat untuk menghantar   guru-guru mereka menyertai program tersebut. Bagi menjayakan program kerjasama itu, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) turut menyediakan kemudahan pinjaman pengajian kepada mereka yang berminat melalui koperasinya.

Sementara itu Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi dalam ucapannya pula mengucapkan terimakasih kepada pengarah JAWI kerana memilih UniSZA sebagai tempat untuk melatih guru-guru Pendidikan Islam mereka. Beliau menyuarakan keyakinan bahawa UniSZA yang ditunjangi sejarah gemilang sejak zaman Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) lagi mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada JAWI bagi menjayakan program kerjasama ini. Menurut beliau, program tersebut dijangka akan bermula pada awal bulan September 2016.