
Muzakarah Qiraat
Program Muzakarah Qiraat bertajuk “SEJARAH ILMU QIRAAT” telah diadakan pada 20 Mac 2021 menerusi Facebook AQSA UniSZA. Majlis bermula dengan bacaan doa dari wakil pelajar AQSA dan diteruskan oleh Prof. Madya Dr. Nor Hafizi bin Yusof selaku panel jemputan. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab dan cabutan bertuah.
Program ini berjaya menyuntik semangat dan motivasi mahasiswa untuk mempersiapkan jati diri yang lebih unggul dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat ketika menimba ilmu dalam bidang Qiraat. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada orang awam serta mahasiswa mengenai sejarah dan pengenalan ilmu qiraat.
.