
Program Kunjungan Hormat PERSADA
Pada hari Isnin, bersamaan 15 Februari 2021, Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat (PERSADA) telah melaksanakan satu program Kunjungan Hormat Pimpinan PERSADA Sesi 2020/2021. Program ini bertujuan mengumpulkan penasihat dan pemimpin di bawah Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat sebagai satu inisiatif merapatkan hubungan di antara barisan pimpinan PERSADA bersama penasihat.
Program berlangsung menggunakan rangkaian Google Meet dan dihadiri oleh 23 orang pemimpin dan dua orang tetamu jemputan iaitu Ketua Pusat Pengajian Dakwah, Dr. Noorsafuan bin Che Noh serta Penasihat Persatuan Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat, Dr. Abdul Qahhar bin Ibrahim.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Amirul Qusyairi dan disusuli dengan bacaan doa oleh saudara Qaid Azha. Majlis diteruskan dengan pembentangan takwim oleh barisan pimpinan, ucapan Yang Dipertua PERSADA, saudara Muhammad Zikry, dan seterusnya, ucapan Penasihat PERSADA, Dr. Abdul Qahhar bin Ibrahim.
Program ini diakhiri dengan tausiyah dari Ketua Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah, dan Peradaban Islam, Dr. Noorsafuan bin Che Noh dan berakhir tepat jam 10 malam.
.