
Bicara Kenegaraan: Impian Generasi Anak Muda, Realiti Dan Cabaran
Program Bicara Kenegaraan: Impian Generasi Anak Muda, Realiti dan Cabaran telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) pada 13 Januari, jam 9.00 hingga 11.00 malam menerusi FB Live PMKI UniSZA.
Program ini telah berjaya meraih tontonan sebanyak 35,000. Program dimulakan dengan ucaptama dari YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh, disusuli dengan slot Ucaptama Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ucaptama Dato’ Seri telah diulas oleh Pengulas Pertama iaitu Dr. Mohamad Zaidi bin Abdul Rahman dari Universiti Malaya, seterusnya diulas oleh Pengulas Kedua iaitu Dato’ Haji Mahamad Naser bin Disa dari UniSZA.
Program ini diadakan bertujuan memastikan mahasiswa dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti dan program bermanfaat serta memberi peluang mahasiswa untuk bersama menyertai majlis ilmu yang dihadiri oleh panel hebat di Malaysia.
.