Program Pascasiswazah Pendidikan (Mod Kerja Kursus)
Sarjana Pengurusan Pendidikan
- Pelajar dapat menguasai pengetahuan dalam bidang Pengurusan Pendidikan dan berkefahaman kritis serta mampu mengaplikasikan kemahiran pengajaran dan pembelajaran selaras dengan keperluan masyarakat.
- Pelajar berketerampilan dalam bidang Pengurusan Pendidikan yang merangkumi kemahiran praktikal, interpersonal, dan komunikasi secara berkesan.
- Pelajar mampu menghubungkan tugas pendidik dengan kemahiran digital dan numerasi dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan.
- Pelajar mampu mempamerkan personaliti berwibawa dengan kemahiran keusahawan yang berteraskan etika dan profesionalisme pendidik.
- Kepimpinan Pendidikan
- Pengurusan Pendidikan Islam
Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pendidikan) |
Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan Islam) |
Kursus Teras 1. Polisi dan Strategi dalam Pengurusan 2. Pengurusan Sumber Manusia 3. Pengurusan dan Organisasi Pendidikan 4. Kepimpinan Perubahan dalam Pendidikan 5. Kepimpinan Pendidikan |
Kursus Teras 1. Polisi dan Strategi dalam Pengurusan 2. Pengurusan Sumber Manusia 3. Pengurusan dan Organisasi Pendidikan 4. Maqasid Sariah dalam Pendidikan 5. Integrasi dan Islamisasi dalam Pendidikan |
Kursus Wajib 1. Kaedah Penyelidikan 2. Penaakulan Statistik dalam Pendidikan 3. Penulisan Akademik dan Profesional |
|
Kursus Elektif - Pelajar diwajibkan mengambil satu kursus elektif |
|
Kertas Projek - Projek penyelidikan |
|
Kursus wajib bagi calon bukan berlatar belakang bidang Pendidikan 1. Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia 2. Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan 3. Sekolah dan Msyarakat |
|
Jumlah keseluruhan: - 40 jam kredit (calon dari bidang Pendidikan) - 46 jam kredit (calon bukan dari latar belakang Pendidikan) |
Jenis Pengajian |
Minimum | Maksimum |
Sepenuh Masa | 3 semester / 1 ½ tahun |
6 semester / 3 tahun |
Separuh Masa | 4 semester / 2 tahun | 8 semester / 4 tahun |
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan PNGK minimum 2.50 atau setara dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dengan PNGK kurang daripada 2.50 dengan lima (5) tahun pengalaman kerja; atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat.
- Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan atau pengalaman yang relevan mesti melalui kursus pra syarat yang bersesuaian yang ditentukan oleh Pusat Pengajian Tinggi (PPT) UniSZA.
- Keperluan Bahasa (calon Antarabangsa): Calon mesti lulus Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan skor minimum 550 atau The International English Language Testing System (IELTS) dengan skor minimum 6.0 dan syarat-syarat lain yang diiktiraf oleh Senat.
Jumlah yuran pengajian adalah RM18,000. Yuran setiap semester akan dijadualkan secara bulanan seperti contoh jadual bayaran di bawah:
JADUAL PEMBAYARAN YURAN SARJANA PENDIDIKAN MOD KERJA KURSUS |
|
SEMESTER 1 (RM 5,695.00) Februari 2020 (Pendaftaran) |
RM 1,000.00 |
SEMESTER 2 (RM 5,555.00) September 2020 |
RM 1,000.00 |
SEMESTER 3 (RM6,875.00) Februari 2021 |
RM 2000.00 |
*Jadual pembayaran yuran akan disertakan semasa pendaftaran |
Permohonan adalah secara dalam talian di https://siswa.unisza.edu.my/pascaonline/
Yuran proses permohonan adalah sebanyak RM25. Anda boleh melakukan transaksi bayaran ke akaun BIMB UniSZA 130170 10082 394 (Catatan Rekod: Permohonan SPP).
Permohonan dibuka sepanjang tahun. Tawaran kemasukan hanya pada semester 1 setiap tahun
Permohonan dibuka sepanjang tahun. Twaran kemasukan hanya pada semester 1 setiap tahun (september)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan Sarjana Pendidikan mod kerja kursus, sila hubungi:
PM Dr. Rahimah Embong www.wasap.my/60199109727
Dr. Abdullah Ibrahim www.wasap.my/60199657060
Dr. Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff www.wasap.my/60195498412
Jemput sertai link ini
brosur