Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Latar Belakang

Seminar Akidah dan Pemikiran Islam Peringkat Antarabangsa 2021 (SAPIA 2021) merupakan seminar anjuran Pusat Pengajian Usuluddin Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu Malaysia, dengan kerjasama Universitas Islam Negeri KH Achmad Siddiq (UIN KHAS), Jember Indonesia dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Penganjuran seminar ini merupakan medan terbaik untuk membicarakan akidah dan pemikiran Islam yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu khususnya dalam era globalisasi pada hari ini. Isu-isu kompleks yang melibatkan ilmu ini perlu dijelaskan dengan bijaksana oleh para sarjana Islam untuk mengelakkan masyarakat Islam terpengaruh dengan elemen-elemen luar yang menyeleweng dari landasan akidah dan pemikiran Islam yang betul.

Seminar ini juga dapat menjelaskan ilmu akidah dan pemikiran Islam yang berpandukan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya kepada masyarakat Islam. Dalam masa yang sama, memberi pendedahan mengenai penyelewengan terhadap ilmu ini. Selain itu, seminar ini juga berhasrat untuk mendedahkan perancangan dan gerakan musuh-musuh Islam yang cuba mencemari kesucian Islam dan juga menggugat keutuhan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ilmu akidah dan pemikiran Islam bersumberkan dalil yang sahih dari al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana yang difahami oleh Ahli Sunnah wal Jamaah dapat menjamin keselamatan dan keharmonian kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Berpandukan ilmu yang betul, hubungan manusia dengan Allah s.w.t dan sesama makhluk tidak tergugat dengan isu-isu dan cabaran-cabaran globalisasi yang mencabar keimanan masyarakat Islam pada hari ini.

Dalam era globalisasi dewasa ini, banyak berlakunya penyelewengan dalam ilmu akidah dan pemikiran Islam kerana bercanggah dengan apa yang difahami oleh Ahli Sunnah wal Jamaah. Sehubungan dengan itu, demi memartabatkan ilmu ini yang sebenarnya dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi, Seminar Akidah dan Pemikiran Islam Peringkat Antarabangsa 2021 (SAPIA 2021) ini telah memilih tema yang bertajuk “Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Melestarikan Keharmonian Masyarakat”.

Dengan menjadikan tema tersebut sebagai sandaran, seminar ini bakal mengumpulkan para cendekiawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu akidah dan pemikiran Islam. Hal ini ini dapat memberi input yang berguna dalam menggariskan sebanyak mungkin penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan dengan berlandaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai asas kepada kehidupan beragama dalam masyarakat Malaysia khususnya dan antarabangsa amnya.

Objektif
  • Membincangkan implementasi ilmu akidah dan pemikiran Islam dalam pembangunan dan kehidupan masyarakat kontemporari.
  • Membincangkan isu-isu kontemporari ilmu akidah dan pemikiran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya.
  • Menonjolkan keunikan aliran Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai aliran dominan di peringkat global.
  • Menelusuri kegemilangan tokoh-tokoh akidah dan pemikiran Islam Nusantara khususnya dan antarabangsa amnya.
  • Membentuk jaringan akademia tempatan dan antarabangsa.
Sasaran Peserta

Penyertaan dibuka kepada:

  • Pelajar
  • Golongan Profesional khususnya ahli akademik
  • Wakil Jabatan/Badan/Institusi Kerajaan dan Swasta
  • Para Penyelidik/Pengkaji
  • Masyarakat awam
  • Badan bukan kerajaan (NGO)
Tema Seminar

“Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Melestarikan Keharmonian Masyarakat”

Tarikh, Masa dan Tempat

6 November 2021 (Sabtu) : 7.30 pagi – 4.30 petang

Cisco Webex Event

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

337862