APEL (C)

Apel C FKI 1

APA ITU APEL (C)

APEL.C adalah proses penilaian pembelajaran (tidak formal dan bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) terhadap hasil pembelajaran yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus dalam mana-mana program pengajian bagi tujuan menganugerahkan kredit. Berdasarkan Garis Panduan Amalan Baik: Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (C-Credit) terbitan MQA, kredit yang dianugerahkan adalah atas dasar pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran tidak formal (informal) dan bukan formal (non-formal). APEL.C membolehkan pembelajaran berdasarkan pengalaman terdahulu dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran sama ada yang diperoleh melalui pembelajaran formal dan/atau pembelajaran bukan formal dan/atau pembelajaran tidak formal, diberikan kredit dan dipindahkan untuk menggantikan kursus yang telah disetarakan.

FUNGSI APEL (C)

  1. Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti;
  2. Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar;
  3. Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi; dan
  4. Mengurangkan kos dan masa untuk menamatkan pengajian.

MUAT TURUN BORANG BERKAITAN APEL (C)

  • Buku Panduan APEL. (C) UniSZA     muat turun  
  • Borang Permohonan APEL. (C)     muat turun 
  • Borang Penilaian Kendiri APEL. (C)     muat turun
  • Borang Portfolio Permohonan APEL. (C)     muat turun