Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

KEJAYAAN PENSYARAH FKI DALAM PERTANDINGAN INVENTION, INNOVATION & DESIGN ON E-LEARNING (IIDEL) BERSEMPENA KARNIVAL E-PEMBELAJARAN UNISZA (UNICEL) 2025

TAHNIAH WARGA FKI DI ATAS KECEMERLANGAN DI IIDEL 2025!
 
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para pensyarah yang telah mengharumkan nama fakulti melalui kejayaan dalam Pertandingan Invention, Innovation & Design on E-Learning (IIDEL) bersempena Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL) 2025 yang bertemakan:
“Higher Education Futures: Connecting Minds Through AI & Innovation”.
 
Alhamdulillah, kejayaan ini menzahirkan semangat inovasi dalam kalangan warga akademik FKI serta usaha berterusan dalam memperkasa e-Pembelajaran berimpak tinggi.
 
Senarai Ketua Projek & Pencapaian:
 
🏆 PINGAT EMAS (GOLD)
• SmartMuamalat AR – Prof. Madya Dr. Nadhirah Binti Nordin
• Kamus Pintar Mukjam Usuluddin – Prof. Madya Dr. Mohd Hasrul Shuhari
 
🥉 PINGAT GANGSA (BRONZE)
• Electronic Research Professional (E-RPRO) – Prof. Madya Dr. Rahimah Embong
• Falak: Manuskrip Melayu – Prof. Madya Dr. Rahimah Embong
• ReligiScope360 – Dr. Aman Daima Md Zain
• I-Falak: Modul Interaktif Astronomi – Dr. Sharifah Nurul Aisyah Binti Syed Zafar
 
📜 SIJIL PENYERTAAN
• Edusfera – Dr. Wan Marfazila Wan Mahmud
• Roda E-Mahmudah – Dr. Norhashimah Yahya
 
Syabas kepada semua warga FKI yang terus memacu kecemerlangan dalam inovasi PdP!
Kita raikan kejayaan ini sebagai pemangkin untuk mencetuskan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi masa depan pendidikan yang lebih progresif.

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

373310