Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

KUNJUNGAN KE JAPAN DA’WAH CENTRE

Alhamdulillah, pada 31 Julai 2025, Japan Da’wah Centre telah menerima kunjungan istimewa daripada Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, Profesor di School of Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), yang juga penyelia kepada pelajar latihan industri UniSZA. Antara topik yang dibincangkan termasuk cadangan menganjurkan seminar bersama UniSZA serta sesi perkongsian pengalaman dakwah Encik Zulkarnain Hasan Basri di Jepun. Ditekankan juga pendekatan dakwah secara bertahap mengikut sunnah Nabi SAW bermula dengan kelompok kecil sebelum berkembang luas. Perbincangan turut menyentuh isu dakwah di Sabah, sebagai iktibar bahawa ketiadaan susulan seperti kelas bimbingan dan kekurangan pendakwah boleh menyebabkan mualaf kembali kepada agama asal. Sehubungan itu, JDC turut berkongsi modul khas mualaf yang merangkumi asas akidah, ibadah, dan cara hidup Islam. Turut dibincangkan ialah penerimaan adat setempat adat yang tidak bercanggah seperti kimono yang menutup aurat boleh diamalkan, manakala kepercayaan bercanggah seperti “Dinamisme” perlu ditinggalkan kerana bertentangan dengan tauhid. Semoga pertemuan ini membuka jalan kepada kerjasama yang lebih erat antara JDC dan UniSZA dalam memperkukuh usaha dakwah dan pendidikan Islam di peringkat antarabangsa, khususnya di Jepun.

Empowering people to Islam
Japan: A Growing Home for Muslims
Harmonikan kebudayaan Jepun dengan Islam.

Semoga kita semua dilindungi, dicurahkan ilmu(taufiq & hidayah), diberikan kekuatan serta kepetahan berkata kata, merendah diri, dimurahkan rezeki, disatukan hati dan dibimbing Allah ke jalan yang lurus.

Zakat dan infaq pemacu Islam di Jepun.

 

 

 

.

 

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

373341