Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

KUNJUNGAN KETUA PENGARAH PUSAT SERANTAU ASIA TENGGARA BAGI MENCEGAH KEGANASAN (SEARCCT) KEPADA NAIB CANSELOR UNISZA

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA, telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datin Paduka Nur Ashikin binti Mohd Taib, Ketua Pengarah SEARCCT, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Naib Canselor UniSZA. Deligasi SEARCCT turut hadiri oleh En. Kennimrod Sariburaja, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan SEARCCT, dan beberapa pegawai yang lain.
 
Bagi pihak UniSZA pula, turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Prof. Dr. Engku Muhammad Tajuddin bin Engku Ali, Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), barisan pengurusan FKI dan wakil pensyarah dari Pusat Pengajian Usuluddin.
 
Kunjungan SEARCCT adalah lanjutan daripada kerjasama penganjuran Seminar Penyelidikan Ekstremisme Dalam Konteks Malaysia yang diadakan di UniSZA pada 18 Mei 2025. Justeru, kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara SEARCCT dan UniSZA, serta membincangkan potensi kerjasama pada masa hadapan, khususnya dalam bidang latihan, penyelidikan dan penerbitan melibatkan isu-isu berkaitan ekstremisme dan keganasan.
 
Beberapa persetujuan awal telah diperolehi dalam perbincangan ini bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara pihak SEARCCT dengan UniSZA pada masa hadapan. Diharapkan hasil perbincangan ini dapat direalisasikan bagi menyokong dasar Kerajaan dalam mencegah ekstremisme dan keganasan terhadap semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

377138