
MAJLIS TAUSIAH DEKAN & PENGISYTIHARAN DUTA KECIL FKI DI PERINGKAT ANTARABANGSA 2025
Majlis Tausiah Dekan & Pengisytiharan Duta Kecil FKI di Peringkat Antarabangsa 2025

Satu pertemuan istimewa telah diadakan bersama pelajar-pelajar FKI yang bakal menjalani Kursus Latihan Industri di Jepun, Sri Lanka dan Indonesia, bertempat di Bilik Mesyuarat FKI.
Dekan FKI, Prof. Dr. Engku Muhammad Tajuddin bin Engku Ali, turut mengisytiharkan mereka sebagai Duta Kecil FKI ke peringkat antarabangsa, membawa imej UniSZA dan Islam dalam misi ilmu serta pengalaman global.
Para pelajar ini akan memulakan latihan industri bermula 13 Julai hingga 3 Oktober 2025.
Menurut Penyelaras Industri-Akademia, Dr. Nur Sakiinah binti Ab Aziz, ini merupakan tahun kedua FKI menghantar pelajar ke luar negara bagi menjalani Kursus Latihan Industri. Pada tahun lepas, tiga orang pelajar telah dihantar ke Jepun dan lima orang ke Indonesia. Tahun ini, destinasi baharu ditambah dengan penyertaan sebuah lagi negara iaitu Sri Lanka.
Insya-Allah, semoga pada tahun-tahun akan datang, lebih banyak negara dapat diteroka oleh pelajar FKI bagi tujuan latihan industri.
Didoakan semoga perjalanan ilmu dan dakwah ini dipermudahkan, dan membawa pulang manfaat besar buat ummah.