Selamat Datang ke laman web rasmi Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Pertanyaan

09-6688092

Alamat

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

LAPORAN KUNJUNGAN MAHABBAH KE BEBERAPA INSTITUSI DI JAWA TIMUR, INDONESIA

Program Kunjungan Mahabbah telah dilaksanakan pada 2 hingga 9 Mei 2025 melibatkan lawatan akademik ke beberapa institusi di Jawa Timur, Indonesia. Delegasi terdiri daripada dua pelajar siswazah, Ahmad Iqbal Mohd Fadzli dan Abdul Rahim Ismail, serta seorang pensyarah pengiring, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Yusof Wan Chik.
 
Antara institusi yang dikunjungi termasuklah Puncak Darussalam Islamic Boarding School (PDIBS), Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Darul Ulum Banyuanyar, Universitas Islam Negeri (UIN) Madura, Pondok Pesantren Al-Amien Prenduan, Universitas Al-Amien Prenduan, Bank Syariah Indonesia, dan UIN Sunan Ampel Surabaya.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menyertai seminar antarabangsa, sesi perbincangan dan pembentangan ilmiah, temu bual pengukuhan penyelidikan, serta meneroka secara langsung sistem pendidikan pondok (turath) yang menjadi teras warisan keilmuan di rantau ini. Delegasi turut mengadakan pertemuan dan perbincangan mewakili Persatuan Siswazah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (PSFKI), bagi memperluas jaringan kerjasama pelajar pascasiswazah rentas negara.
 
Beberapa persetujuan awal telah diperolehi hasil kunjungan ini, melibatkan institusi seperti STAI Darul Ulum Banyuanyar, UIN Madura dan UIN Sunan Ampel dalam merintis peluang mobiliti pelajar pascasiswazah, kolaborasi penyelidikan dan penerbitan, serta penglibatan aktif dalam wacana ilmiah antarabangsa. Diharapkan hasil kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkasa Pendidikan Islam dan Pengajian Islam Kontemporari.

Hubungi Kami

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman
Malaysia

  09-668 8092
  09-668 7879
  fki@unisza.edu.my

Lokasi

Ikuti Kami

Pengunjung

373310